MALAYSIA FILIPINO ETHNIC

“ PANATANG MAKABAYAN ”

DARI MEJA PENGERUSI - FROM DESK OF CHAIRMAN

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Mabuhay, Selamat Datang

S elamat Datang ke Laman Rasmi, Suruhanjaya Kebudayaan, Kesenian dan Pemuliharaan Warisan (COCAH) , Pertubuhan Kebangsaan  Etnik Filipino Bersatu Malaysia, Melawat Laman ini tentunya anda akan dapat mengetahui peranan dan fungsi yang dikendalikan oleh Biro Suruhanjaya ini. Luangkanlah seketika dengan melayarinya,  anda akan mendapat  maklumat  kebudayaan, kesenian dan Warisan masyarakat Filipino di Malaysia.

 Suruhanjaya ini ditubuhkan bertujuan untuk pembangunan, pemuliharaan, pemeliharaan, penyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan  masyarakat Filipino di Malaysia yang telah tidak diperaktikkan lagi, Pada asalnya kewujudan Filipino bermula dari penghijrahan secara beramai-ramai masyarakat Filipino dari Tanah Besar Filipina di zaman penjajahan British ( North Borneo ) di era 40-an ke kawasan Sabah, pada ketika mereka bekerja sebagai buruh  dalam industri perladangan  Syarikat British dan atas penghijrahan itu, kini  telah lahir ramai kelompok Filipino di Malaysia sebagai warganegara Malaysia , Generasi muda masyarakat ini telah bersaing untuk membangun dan  sebagai warganegara  Malaysia , mereka telah menempa nama di persada negara dan antarabangsa , berpendidikan, berpelajaran, berilmu dan menjawat pelbagai jawatan tinggi dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Namun dalam kemajuan teknologi dan derasan pembangunan negara, kita telah lupa akan adat resam budaya tradisi dan seni budaya etnik kelompok ini, Justeru itu, Pertubuhan Kebangsaan Etnik Filipino Bersatu Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan Biro melalui Suruhajaya ini sebagai satu usaha untuk pemuliharaan, pemeliharaan, pendokumentasian, penyelidikkan dan kajian kepada Seni Budaya dan Warisan Komuniti Filipino di Malaysia  termasuk pendidikan seni budaya, kajian khalayak, kraftangan, kesusasteraan dan bahasa Filipino dan pelbagai lagi cabang bidang seni budaya dan warisan masyarakat Filipino Malaysia.

 Kepelbagaian dialek masyarakat Filipino di Malaysia akan di rekodkan dan dikumentasikan sebagai rujukkan untuk generasi muda Filipino di negara ini seperti Visaya, Tagalog, Ilocano, Cebuano, Maranao, Maguindanao, Waray, Bicolano, Chavacano, Yakan, Ilunggo, Ibanag, Ivatan, Kapampangan, Sambale, Palawan, Davaeno, Pangasinanse, Romblomanon dan pelbagai lagi.

Semoga usaha untuk memulihara,  mendokumenkan dan penjagaan  seni budaya  warisan ini akan memberi perkembangan positif terhadap ahli-ahli kesatuan untuk diperaktikan oleh komuniti ini.

Terima kasih, Maraming Salamat

Sekian,


Armeil M. Dato’ Seri Yahya Abdula ADVIENTO

Pengerusi,

Biro  Suruhanjaya Kebudayaan Kesenian dan Pemuliharaan Warisan,

Merangkap

Timbalan Presiden ,

Pertubuhan Kebangsaan Etnik  Filipino Bersatu Malaysia